29 Januari 2012

Kegigihan seorang ibu



(gambar ini diambil tanpa pengetahuan omak)


Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kami iaitu Wahab, Bang Ngah, Bang Teh dan Omak telah berkesempatan pergi ke kebun gotah omak di Ayer Songsang. Ketika bang teh sibuk mengajar anak gotah yang tak tahu melawan tu, bang ngah dongan omak sibuk pula membersihkan kebun. Bang Ngah memotong anak-anak pokok yang bosar2 dan omak mengangkek dan mengomeh. Lihatlah kegigihan ibu kita yang tidak pernah kenal erti penat, lelah apatah lagi putus asa. Adakah kita anak2, cucu2 dan cicitnya tidak pernah mengerti pengorbanan seorang ibu tua. Hidup kita dimulakan oleh ibu ini dan ibu ini ditinggalkan ayah keseorang di atas muka bumi ini untuk meneruskan perjalanan hidupnya. dan akhirnya kita juga meninggalkannya untuk berkeluarga sendiri. selagi ibu masih ada ziarahlah dan muliakan dia sebagaimana sepatutnya dia dimuliakan. janganlah diguris hari ibu yang terlalu banyak berkorban untuk kesenangan 10 orang anaknya ini. tersentuh hati ini melihat kegigihan omak yang walaupun dirinya dipanjat usia tua namun kegigihannya sukar kita cari ganti. omak....ampunkan kami anak2 mu ini yang sentiasa sibuk dalam urusan sendiri walau kami tahu omak kesunyian di kampung......

2 ulasan: