29 Januari 2012

Kegigihan seorang ibu



(gambar ini diambil tanpa pengetahuan omak)


Cuti Tahun Baru Cina yang lalu, kami iaitu Wahab, Bang Ngah, Bang Teh dan Omak telah berkesempatan pergi ke kebun gotah omak di Ayer Songsang. Ketika bang teh sibuk mengajar anak gotah yang tak tahu melawan tu, bang ngah dongan omak sibuk pula membersihkan kebun. Bang Ngah memotong anak-anak pokok yang bosar2 dan omak mengangkek dan mengomeh. Lihatlah kegigihan ibu kita yang tidak pernah kenal erti penat, lelah apatah lagi putus asa. Adakah kita anak2, cucu2 dan cicitnya tidak pernah mengerti pengorbanan seorang ibu tua. Hidup kita dimulakan oleh ibu ini dan ibu ini ditinggalkan ayah keseorang di atas muka bumi ini untuk meneruskan perjalanan hidupnya. dan akhirnya kita juga meninggalkannya untuk berkeluarga sendiri. selagi ibu masih ada ziarahlah dan muliakan dia sebagaimana sepatutnya dia dimuliakan. janganlah diguris hari ibu yang terlalu banyak berkorban untuk kesenangan 10 orang anaknya ini. tersentuh hati ini melihat kegigihan omak yang walaupun dirinya dipanjat usia tua namun kegigihannya sukar kita cari ganti. omak....ampunkan kami anak2 mu ini yang sentiasa sibuk dalam urusan sendiri walau kami tahu omak kesunyian di kampung......

Surau Atuk selepas pembinaan semula



Akhirnya.....kepada sesiapa yang masih menyimpan gambar surau arwah atuk sebelum pembinaan pertama iaitu surau bertangga sila kongsikan bersama-sama.

Surau Atuk sebelum pembinaan semula.













Berikut adalah beberapa gambar surau atuk sebelum proses pembinaan semula dijalankan. Kelihatan surau yang dahulu menjadi wahana tautan silaturrahim keluarga ini tinggal tapak sahaja sebelum bangunan baru dibina. Di sinilah dahulunya kita semua dibesarkan, bermain dan akhirnya menjadi dewasa. adakah harus pula kita melupakannya?..


Huda Wahibah bte Abdul Wahab dan



Abdul Rahman bin Abdul Wahab

11 November 2011

Jalan-jalan ke Guilin China melihat indahnya ciptaan Allah


Kina - Visit Guilin from 8 to 11 Oct 2011 bersama gang Diana, Kak Iza & Urmila. Stay di Jin Pu Hotel Guilin & New West Street Hotel Yang Shou. Makanan??? walaupun kami ambil halal package. Akibat kelalaian, tertelan juga beer fish.. uweeekAdd Image
Banyaknya tempat menarik di Guilin. SubhanaAllah.. sungguh indah ciptaan Allah. antara yg sempat kami jelajahi (mengGUA, memBUKIT & menYUNGAI)
Elephant Trunk, Moon hill, Big bayan tree, solat di Guilin mosque (berada dlm masjid walau ditmpt org.. buat kita merasa selamat dan selesa), moon & sun pagoda, Chuan Shan PArk & Cave, melihat show sebelah malam diatas sungai di Impression San Jie Liu, menyusuri Li River (paling cantik pernah dilihat) shopping2 di nite market di Guilin & Yang Shou, paksarela shopping oleh tour guide di Jiaruihua Silk centre, tapi dpt free foot massage... apa-apa pun.. kami enjoy disana.. Alhamdulillah.

28 September 2011

Majlis Konvokesyen Nadhirah


Assalamualaikum,
Untuk makluman semua keluarga Arwah Hj Abu Samah, Majlis Konvokesyen bagi Nadhirah telah diadakan di UKM Bangi pada 27 September 2011. Tahniah NADHIRAH.....




26 September 2011

faezah punyer hari graduasi


pada 26/9/2011 yg lalu iaitu td..faezah ank pak ngah da grad sebagai graduan ijazah sarjana muda dgn kepujian geologi ukm..