30 Mei 2011

Pernikahan dan Persandingan Rabani & Rabiatul Adawiyah

Majlis Pernikahan Rabani dan Rabiatul Adawiyah telah selamat diadakan selepas Solat Maghrib pada 28 Mei 2011 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1432 Hijrah di Masjid Kg Bakar Bata, Ayer Tawar, Beruas, Perak. Majlis Persandingan pula diadakan keesokan harinya di rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki diketuai oleh Pak Itam Kamarulzaman. Seluruh keluarga arwah Hj Abu Samah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn Hj Mokhtar (menantu Tn Hj Abd Bazid - Kg Gapis) yang telah sama-sama mengiringi rombongan pengantin. Turut serta meraikan Majlis Persandingan tersebut adalah Abdillah b Mohd Ali sekeluarga. Selepas Majlis Persandingan, semua ahli rombongan berkumpul di Masjid Kg Bakar Bata untuk solat Zohor dan Asar sebelum bergerak ke destinasi masing-masing kira-kira jam 2.45 petang. Majlis Menyambut Menantu akan diadakan di Kampung Gapis, Nyalas, Melaka pada 4 Jun 2011. Seluruh ahli keluarga Arwah Hj Abu Samah dijemput pulang ke kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan